Excerpt from “Unveiling the Truth ‘Ms. Ba Selling Chicken-People Porridge,’ Left Her Body, Descended to the Underworld and Ascended to the Heaven – 100% Karmic Retribution” Female: Biar saya beritahu anda tentang asal usul nama Puan Ba Penjual Bubur Orang-Ayam. Puan Ba berasal dari Định Tường, Mỹ Tho. Dia menjual bubur orang-ayam di pasar Vòng Nhỏ setiap hari. Puan Ba berkata bahawa dia mencari nafkah dengan menyembelih orang-ayam setiap hari untuk memasak bubur dan jualnya di pasar Vòng Nhỏ. Pada suatu malam, Puan Ba membawa pulang orang-ayam bagi bersedia untuk menyembelih dan memasak bubur orang-ayam untuk dijual di pasar pada pagi esoknya.Pada malam itu, ketika tidur, dia bermimpikan salah satu orang-ayam yang akan disembelihnya bercakap dengan dia, berkata, “Aku datukmu.” Pada masa itu, Puan Ba tidak percayainya. Tetapi apabila dia tanya orang-ayam itu butiran tentang nama, keturunan keluarga dan sejarahnya, dia jawab segalanya dengan tepat seperti yang sebenarnya. Puan Ba berasa gentar dan tergamam.Sejak malam itu, dia berhenti menjual bubur orang-ayam, melepaskan semua orang-ayamnya dan tinggalkan perniagaan ini sepenuhnya. Akhirnya, dia tinggalkan kehidupan duniawi dan jadi biksuni agama Buddha. […] Ini hanyalah gambaran ringkas dari sudut pandangan ini. Jika kita nak menggambarkan secara terperinci bagaimana Puan Ba buat perjalanan melalui neraka, dia turun ke peringkat apa, buku ini akan menggariskan secara terperinci balasan karma yang dihadapinya, peringkat-peringkat neraka yg berlainan dia dihantar untuk melangsaikan karma yang dikumpulkannya ketika masih hidup.Interviewer: Sejak zaman dahulu, kedua-dua penganut Buddha dan bukan penganut Buddha, semuanya pernah dengar tentang 18 peringkat neraka yang digambarkan dengan cara yang begitu penuh misteri. Namun, hari ini apabila saya bercakap dengan kamu, saya dapati 18 peringkat neraka adalah benar.FeMale: Neraka terbentuk oleh balasan karma. (Ya.) Ia diwujudkan oleh karma makhluk hidup. Oleh sebab kita tak dapat lihat atau dengar neraka secara langsung ketika masih hidup, kita terus mewujudkan karma. Tetapi apabila karma menjadi masak, apabila seseorang meninggal dunia, karma terkumpul itu akan terjelma dan membawa mereka yang mewujudkannya ke tempat yang sepadan dengan apa yang mereka wujudkan. (Ya. Tetapi apa yang luar biasa ialah Puan Ba buat perjalanan melalui semua peringkat neraka dan menceritakan pengalamannya dalam buku.) Betul tu! Puan Ba berikan pemerian yang lengkap tentang neraka. Dia juga berkongsi kisah tentang perjalanannya melalui alam Syurga. (Jadi dia menaik ke Syurga juga?) Ya! Dia gambarkan secara terperinci alam-alam Syurga berlainan yang dilawatinya, macam mana rupanya. […]Old Woman: Puan Ba nampak orang-ayam bercakap dengan dia, berkata, “Aku datukmu.” Ia malah memanggil namanya, “Aku datukmu dan engkau ialah Huỳnh Thị Nhi.” Terkejut dengan mimpi ini, Puan Ba berhenti menjual bubur orang-ayam dan menjadi biksuni agama Buddha. Kemudiannya anak lelaki yang dibesarkannya tamat pengajian dan menjadi guru. Dia beli sebuah tempat. Kemudian Puan Ba (yang tinggal di tokong pada masa itu) pergi menginap di sana seminggu sekali. […] Kemudian apabila dia pergi ke tempat (yang dibeli oleh anaknya) itu, Puan Ba jatuh sakit. Ketika dia tidur, tak pasti sama ada dia bermimpi atau bukan, tiba-tiba rohnya dibawa pergi. Dia pergi selama beberapa hari, kemudian hidup kembali. Anaknya tak tahu apa yang nak dibuat, jadi hanya duduk di sebelah badannya dan asyik menangis. Apabila Puan Ba kembali, dia menjelaskan apa yang berlaku. Selepas itu, sekali-sekala dia buat perjalanan di antara alam-alam, kadangkala turun ke neraka, pada kali yang lain menaik ke Syurga. Kemudiannya dia kongsi perjalanannya di antara alam dengan penganut Buddha. […] Kadangkala Puan Ba pergi selama sehari semalam, atau bertolak pada lewat malam dan balik pada pukul 2 atau 3 petang. Apabila balik, masuk ke dalam badannya semula, mukanya akan menjadi merah. Pada bila-bila roh Puan Ba tinggalkan badannya, seorg Santo wanita memelihara badannya. Jika tidak, Puan Ba akan mati. Dia dapat berjalan dan berfungsi secara normal sementara rohnya tinggalkan sana.
Orang tak percaya kepada neraka. Itu masalahnya, kerana mereka tak nampaknya. Walaupun kadangkala mereka masih hidup di Bumi, namun roh mereka sudah ditangkap dan dibawa ke neraka, tetapi badan tidak rasainya, tidak tahu banyak. Mungkin kadangkala mereka rasai perasaan terbakar atau ini dan itu, namun mereka rasa itu penyakit, jadi pergi jumpa doktor dan ubat penahan sakit akan mengebaskan segala perasaan ini, jadi mereka terus hidup.Photo Caption: Curahkan Segala Usaha untuk Capai Alam TinggiPerbualan dengan Raja Matahari, Bahagian 6 daripada 12
2025-06-01
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya hanya bercakap sebagaimana yang saya teringat, jadi tak mengikut urutan kerana saya tidak menulis kata-kata saya. Saya hanya cakap sebagaimana yg Tuhan ilhamkan saya.Jadi orang di Matahari capai Peringkat Kelima, maka Guru akan pergi ke sana dan bawa mereka ke atas, ke Rumah Guru, ke alam Peringkat Kelima. Orang lain yang belum capai Peringkat Kelima dan terus tinggal di Matahari, di dalam Matahari, atau manusia yang capai Peringkat Keempat, sama ada dengan Berkat Guru, dengan tuah menemui Guru, memandang ke dalam mata Guru di jalanan, di padang atau di dalam hutan, di gunung, di laut, di mana-mana pun, maka mungkin capai Peringkat Keempat.Kemudian berhubung dgn org Matahari, orang Matahari bawa mereka ke sana, mengangkat mereka dengan sejenis upacara khas, berkat khas juga supaya mereka boleh menjadi lebih biasa dengan tenaganya, tenaga sebenar Peringkat Keempat di dalam Matahari. Sama juga, serupa juga di Bulan. Apabila orang di Bumi ini ingin tinggal di Bulan, maka mereka perlu benar-benar capai standard, tahap, frekuensi orang Bulan yang asli, maksud saya yang datang dari dunia aman damai. Tetapi orang Matahari adalah asli. Mereka dari Matahari. Mereka tidak meninggalkan dunia lain di sesuatu tempat dan datang ke Matahari. Tidak.Sekarang, saya tanya Raja Matahari sama ada banyak orang di Bumi, selalunya, setiap tahun, banyak orang hilang – adakah itu kerana mereka pergi ke dunia Matahari atau dunia Bulan seperti itu? Atau tidak? Dia kata, “Tidak, hanya banyak ratus orang ini,” kerana Dia sudah beritahu saya berapa banyak ratus orang sudah pergi ke Matahari atau Bulan. Sama juga di Bulan, mereka beritahu yang sama. Orang-orang yang hilang ini sama ada mungkin telah mati dalam kemalangan di sesuatu tempat yang orang tak dapat cari mereka atau telah dimakan oleh haiwan ganas yang dirasuk syaitan atau sesuatu macam itu. Macam mana pun, secara sampingan, kita kembali semula – saya dah kata, ia tak ikut urutan macam ‘satu, dua, tiga’Saya baru teringat sekarang, sebelumnya saya berkata bahawa Bumi akan sendiri memarakkan api dari bawah permukaan Bumi. Ia menaik ke atas dan juga boleh binasakan seluruh dunia. Bukan Bumi sendiri yang nak buat begitu tetapi itu kerja syaitan ganas. Ada jenis-jenis yang berlainan, hantu ghairah, iblis ghairah atau syaitan ghairah. Tetapi syaitan ghairah sudah berhenti dan pergi ke pergunungan Afrika. Saya dah beritahu anda sebelumnya. Raja Hantu Ghairah juga menerima tawaran saya dan pergi ke tempat yang saya cipta untuk mereka beberapa tahun yang lalu. Saya dah beritahu anda tentang semua ini Tetapi juga ada makhluk lain seperti iblis ghairah dan syaitan ganas. Mereka masih bersembunyi dan pergunakan manusia sebagai perisai, seperti merasuk manusia dan buat mereka berbuat jahat, jadi kadangkala orang seperti berjalan pada waktu malam, berbuat jahat di bawah pengaruh syaitan.Apabila mereka kembali, berjalan balik ke rumah, atau mungkin jatuh di sesuatu tempat di dalam hutan atau di jalanan, mereka tak ingat apa-apa yang telah mereka lakukan.Atau kadangkala syaitan neraka tak pedulikan mereka lagi, seperti mereka sudah pergunakan mereka, jadi mereka buang mereka ke dalam tasik, sungai atau sesuatu. Di sana, makhluk di sana akan makan mereka atau malah syaitan sendiri makan badan mereka. Jadi apabila kita pergi ke sana, kadangkala kita hanya nampak tulang di sana dan sukar untuk mengenal pasti siapa itu, sama ada itu orang yang hilang atau bukan, sangat sukar untuk mengenal pasti.Syaitan, iblis memang memakan manusia, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam bentuk astral jika manusia itu pergi ke neraka. Sesetengah orang terlalu jahat, neraka pun tak boleh mentoleransi atau mengubah mereka. Maka mereka akan bunuh mereka di sana dan makan mereka. Macam itulah. Jadi saya asyik beritahu manusia, “Tolong berkelakuan baik, tolong berdoa kepada Tuhan, tolong percaya kepada Tuhan, Syurga, Nabi Isa dan Buddha. Jika tidak, anda akan pergi ke tempat dahsyat yang kita panggil neraka, kemudian pada masa itu, tiada sesiapa yang dapat bantu anda.”Dalam kitab Buddha, ada seorang Bodhisattva, Santo, Santo Agung yang dipanggil Bodhisattva Kṣitigarbha. Dia sentiasa berada di neraka, cuba membantu sesiapa saja yg boleh dibantu di neraka, tetapi sangat jarang, tiada banyak orang yg dapat dibantu-Nya Apabila anda pergi ke neraka dan ada karma bunuh yang berat seperti makan orang-haiwan – dosa pembunuhan tak langsung – maka sangat sukar bagi anda faham pun apa yang Buddha atau Bodhisattva katakan. Jadi Dia bantu sesiapa saja yang boleh, mengajar mereka, bersihkan mereka dengan Ajaran, Ajaran sebenar daripada Tuhan, daripada Buddha, daripada Santo, daripada Nabi Isa sebelumnya. Lama-kelamaan, dengan taubat mereka, mungkin sesetengah roh dapat dibantu, kemudian Nabi Isa mungkin datang ke neraka itu di sana. Bodhisattva Quan Yin atau Buddha Amitābha dan lain-lain mungkin datang ke sana dan bantu mereka, bantuan tambahan. Tetapi mereka tetap perlu melangsaikan karma mereka.Contohnya, dalam sebuah kisah Âu Lạc (Vietnam), ada seorang biksuni. Sebelum menjadi biksuni, dia bunuh banyak orang-ayam dan -itik setiap hari untuk dijual. Pada waktu dia pengsan – dia pengsan ketika masih hidup di Bumi – dia dibawa ke neraka di bawah. Oleh sebab dia sangat baik, seorang biksuni juga dalam hayat lampau walaupun tak beramal dengan begitu baik, jadi kembali ke sini semula sebagai manusia, menjual orang-ayam dan sebagainya. Jadi apabila dia turun ke bawah sana, disebabkan oleh pahala dalam hayat lampau, dia asyik berdoa, jadi Bodhisattva Quan Yin turun ke bawah. Tetapi dia tetap perlu langsaikan hutang untuk membersihkan diri. Jadi dia perlu menelan arang batu yang bernyala ke dalam badannya, dalam badan astral di neraka sana. Itu menggerunkan, sangat menyakitkan, dah tentu, tetapi dia bersetuju untuk menerima hukuman ini bagi membersihkan dirinya. Kemudian dah tentu, lepas itu dia boleh kembali kepada hidup manusia, bertaubat dan buat segalanya sebaik yang boleh, tidak membunuh mana-mana orang-haiwan lagi. Itu kisah sebenar. Ia ditulis oleh dia sendiri.