Apabila kita amalkan meditasi, akankah kita menjadi manusia sepenuh? Kerana ada satu soalan yang ditanya oleh seorang wanita Amerika yang saya masih ingat Guru berkata bagaimana kita dapat menjadi suci sepenuhnya. Guru jawab, berkata, “Bagi menjadi suci sepenuhnya, kita perlu menjadi manusia sepenuh.” Saya tertanya-tanya apa jenis ramuan untuk menjadi manusia sepenuh.Kamu nak dapatkan ramuannya, campurkannya bersama dan membuat manusia daripadanya? Bukan senang nak jelaskan. Tetapi mungkin saya boleh kata bahawa manusia sepenuh ialah orang yang ada sifat manusia: faham kemanusiaan, belas kasihan, kasih sayang, pengorbanan, toleransi, hidup untuk orang lain lebih daripada untuk diri sendiri. Kita hanya memberi diri sendiri keperluan minimum untuk terus hidup. Jika tidak, kita memikirkan orang lain sebelum diri sendiri. Itulah sifat manusia.Sifat Manusia. Sifat Manusia ialah sel-sel manusia yang kamu peroleh. Lagi mulianya kamu lagi banyak sel manusia yang kamu ada. HQ (Sifat Manusia) dikurniakan oleh Syurga mengikut pahala sebelum kamu dilahirkan. Faham? (Ya.) Sama seperti karma, lebih atau kurang. HQ ialah sifat manusia yang mesti semua orang ada untuk menjadi manusia. Jadi sekurang-kurangnya untuk memiliki badan manusia, kamu perlu ada 16% HQ. Kamu tahu, kan? (Ya.)Tetapi kuasa itu, untuk menjadi manusia, sudah pun inheren sebelum kamu dilahirkan. Sebab itu kamu boleh menjadi manusia. Masih ingat saya beritahu kamu berapa banyak mata spiritual untuk menjadi manusia? (Ya, Guru.) Oleh itu, manusia adalah berbeza-beza juga. Sesetengah manusia ada lebih banyak Sifat Manusia. Mereka menjadi lebih mulia. Mulia dan cantik, di dalam dan di luar. Sesetengahnya hodoh, sesetengahnya kurang mulia. Sesetengahnya tidak pemurah, sesetengahnya ganas, sesetengahnya bodoh, sesetengahnya lebih cerdik. Ini disebabkan oleh kuasa, kuasa manusia, lebih atau kurang. Oleh itu, Sifat Manusia adalah berbeza-beza. Kecerdasan manusia adalah berbeza-beza juga. Ini bergantung kepada pahala apa yang kamu peroleh dalam hayat lampau untuk memiliki sifat manusia seperti yang kamu ada dalam hayat ini. (Ya, Guru.)
Banyak manusia kelihatan macam manusia tetapi mereka bukan manusia. Kita sudah bercakap tentang itu. Jadi anda perlu berhati-hati. Ada manusia super, manusia tinggi dan manusia tertinggi seperti Guru Tertinggi. Jadi aura Mereka semua berbeza-beza. Ini bergantung kepada taraf mereka, tahap makrifat spiritual mereka dan segala kedudukan spiritual di seluruh Alam Semesta. Syurga tahu, cuma manusia, majoritinya, tidak tahu. Mereka tak nampak aura.Photo Caption: Hidup adalah Begitu Berwarna-warni Seperti yang Kita BuatnyaRasa Terima Kasih Raja Keamanan dan Raja Kemenangan, Bahagian 1 daripada 11
2025-09-24
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Cintai Tuhan, syukur kepada Tuhan, hormati Tuhan, memuja Tuhan. Terima kasih dan Kasihi semua Santo dan Orang Suci, Buddha di kesepuluh-sepuluh arah atas segala Berkat, bantuan, pengampunan dan makrifat serta segala-galanya yang diberikan kepada kita sepanjang masa meskipun itu ialah ujian, dugaan. Kerana adalah baik untuk kita jika kita diuji supaya kita tahu berapa banyak kita telah membesar dan berapa banyak daya tahan, berapa banyak kekuatan yang kita ada.Hai! Orang yg penyayang, roh yg berdedikasi, makhluk suci dan semua orang vegan di dunia ini, terima kasih atas kasih sayang anda, atas anda ingat akan Tuhan, Syurga, semua Santo dan Orang Suci serta Buddha supaya anda akan terus bertambah baik dan gembira dengan diri anda sendiri, kejayaan dalam amalan spiritual. Semoga anda semua alami visi baik Kemegahan dalaman alam sebenar, Rumah sebenar, Kasih Sayang sebenar, Berkat sebenar, hingga hari Tuhan hendaki anda pulang ke Rumah. Amin.Saya ada satu laporan ringkas. Sebenarnya, saya tak tahu berapa ringkas, berapa lama akan saya bercakap kerana apa-apa yang saya beritahu anda adalah secara spontan. Tiada rancangan, tiada pengaturan awal atau apa-apa seperti itu. Kehidupan anda terlalu sibuk, jadi jika saya boleh buatnya ringkas, saya akan buat begitu. Tetapi apa-apa pun, Tuhan yang memutuskan.Pertama sekali, saya gembira dengan Tuhan izinkan saya bercakap dengan anda sekali lagi kerana Kami terlalu sibuk. Triniti yang saya sebahagian daripadanya sangat, sangat sibuk. Jika anda bayangkan, kadangkala anda menyaksikan filem dan lihat watak utama seperti mungkin pakar kung fu atau sesuatu, atau seseorang seperti itu yang ada lebih daripada hanya satu penentang, musuh yang berlawan dengan watak kung fu utama, dan di semua arah. Jadi orang di tengah-tengah yang merupakan pakar kung fu atau wira kung fu ini akan sangat sibuk. Tangan, kaki, mata dan seluruh badannya mesti berjaga-jaga, mesti sentiasa berhati-hati dengan serangan daripada musuh dari semua belah. Bukanlah dia dapat secara serentak mengalahkan mereka semua kerana mereka akan datang satu kumpulan pada satu-satu masa atau beberapa penentang pada satu-satu masa.Tetapi saya begitu gembira adanya beberapa berita baik untuk anda, seperti berita dalam Aliran Berita Harian, berita baik bagi United Kingdom. Tetapi ada lebih banyak berita buruk daripada berita baik. Saya harap saya dapat beritahu semua negara di dunia berita baik sebegini seperti yang kita lihat dalam Berita Harian bagi United Kingdom kerana United Kingdom telah diberi satu tahun karma minimum atau karma hampir sifar. Ini juga bergantung pada rakyat. Ada dikatakan kepada saya bahawa sifar karma setahun, tetapi jika rakyatnya mungkin dengar saya katakan itu, kemudian terus membuat perkara yang tidak mengikut arah atau arahan Syurga, maka tahun karma itu mungkin tidak begitu lengkap. Jadi saya harap rakyat United Kingdom tidak mengambil mudah dan hanya berfikir, berasa megah, gembira dan yakin bahawa tahun ini takkan ada akibat kepada mereka. Bukan macam itu.Dan juga, kadangkala jika mereka benarkan pendatang masuk ke dalam negara, sama ada secara sah atau haram, mereka juga akan bawa karma yang berbeza ke dalam negara. Kita berharap United Kingdom maju jaya, dah tentu, di bawah Rahmat Tuhan. Kita juga berharap mungkin negara lain akan mengikutinya dan buat perbuatan baik. Atau mungkin saya akan berpeluang untuk melalui negara mereka atau tinggal di negara mereka dan boleh menambahkan tenaga saya untuk bantu meningkatkan tuah mereka. Tetapi saya pergi ke tempat yang Tuhan hendaki saya pergi, jadi saya takkan tahu negara mana akan saya pergi seterusnya.Satu lagi perkara adalah jika negara itu tidak baik hati dgn cara-cara yg berlainan terhadap TRINITI yang saya sebahagian daripadanya, maka negara itu dan yang berkaitan boleh alami malapetaka besar yang tidak terjangka! Jika mereka perlakukan Guru sebenar dengan buruk, sama juga, akibat buruk! Negara itu boleh alami malapetaka besar…! Saya tahu, kenyataan ini boleh menyebabkan saya alami lebih banyak kesusahan dan/atau kesan psikologi songsang, tetapi KEBENARAN sentiasa mesti diberitahu. Jadi sekurang-kurangnya anda takkan menyalahkan saya kerana tidak pergi atau tinggal di Tanah anda, terutama begitu banyak orang telah jemput saya dengan ghairah, penyayang. Saya amat berterima kasih kepada anda. Jika TUHAN IZINKAN, saya akan sanggup melawat. Maka adalah menggembirakan pergi dari negara ke negara untuk melihat semua Domain Tuhan juga!Selain itu, negara itu perlulah selamat untuk saya pergi ke sana, berada di sana. Tak semestinya peperangan meletus di negara mereka, kerajaan yang tidak adil atau apa-apa, kerana kadangkala hanya perlukan satu orang untuk menyebabkan kejadian yg bawa maut kpd sesiapa saja. Begitu banyak Guru telah datang dan pergi dan kebanyakan daripada Mereka telah dimudaratkan, bukan oleh populasi seluruh negara tetapi hanya sekumpulan kecil atau hanya kerajaan tempatan yang jahil atau beberapa orang tempatan yang membenci atau cemburui Mereka atas sebarang sebab.Masalahnya, mana-mana Guru yang datang ke dunia membawa bersama Mereka Kuasa besar, Berkat, Belas Kasihan dan Rahmat tetapi aura Mereka terlalu kuat bagi sesetengah orang. Kuasa Mereka terlalu kuat bagi sesetengah penduduk di planet ini. Ajaran Mereka terlalu benar. Bagi banyak manusia yang telah menjadi biasa dengan cara senang, malas, malah berdosa, ia tidak mudah dari segi hati nurani atau tidak begitu selesa seperti cara dunia yang tidak mulia! Jadi mereka rasai sesuatu yang tidak biasa dan akan cuba hancurkan tenaga luar biasa yang Guru bawa bersama-Nya. Ini sangat menyedihkan. Tetapi seperti yang anda tahu sangat, orang di dunia tidak semuanya benar-benar manusia. Kadangkala mereka hanyalah separuh manusia. Kadangkala mereka ada dua pertiga daripada Sifat Manusia.Saya sudah buat satu senarai untuk anda bagi memberitahu anda berapa banyak Sifat Manusia yang perlu seseorang ada untuk menjadi manusia secara fizikal, belum kata lagi sama ada mereka benar-benar manusia yang baik atau tidak. Lama dahulu saya ada bercakap tentang itu. Saya tak ingat bila, jadi mungkin jika anda nak tahu, jika anda belum dengarnya, anda boleh lihat itu. Saya rasa ia telah disiarkan di Supreme Master Television. Tak ingat bila.