Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbualan dengan Raja Matahari, Bahagian 5 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Okey, yang ini dah selesai. Yang ini dah selesai. Ada lagi, okey. Saya hanya tulis beberapa nota ringkas di bawah cahaya telefon yang kecil, malap sangat kerana jika tidak, saya akan terjaga, akan terlalu banyak berhubungan dengan dunia ini dan sukar nak bercakap dengan mereka. Jika saya buka perakam, lampu besar akan bernyala, saya juga akan ditarik balik ke Bumi dan perbualan kami akan tamat. Susah, kerja ini. Ia berbeza kerana ini perbualan alam tinggi, tidak seperti dulu selalunya apabila saya bercakap dengan anak murid Tuhan, ada segala jenis cahaya, sangat terang. Ini berbeza. Ini peringkat perbualan yang berbeza, hubungan yang berbeza. Dulu semasa saya hanya membaca buku, menceritakan kisah dan sebagainya, maka tak mengapa adanya cahaya besar dan terang yang memancar.

Tetapi sekarang jika saya nak ada perbualan alam tinggi, maka tak boleh ada terlalu banyak cahaya. Hanya sekali-sekala saya buka lampu untuk mencatat sesuatu supaya tidak lupa, seperti berapa banyak orang dari planet kita tinggal bersama orang Matahari di Matahari, atau berapa banyak orang Matahari tinggal di sana, misalnya macam itu. Saya perlu menulis angkanya. Jika tidak, saya akan lupa. Juga, seperti berapa banyak tahun Bumi baru mereka capai Peringkat Kelima, mulai sekarang, mereka di Peringkat Keempat. Di Matahari dan Bulan, itu peringkat yang serupa, Keempat, tetapi bukan semua Keempat tinggi adalah sama. Sesetengahnya di Keempat tengah, sesetengahnya di antara peringkat pertengahan dan tinggi Keempat. Jika mereka berdoa dan memintanya dengan rendah diri, Guru akan datang mengajar mereka kerana Guru sebenarnya tinggal di Matahari.

Matahari tidaklah seperti yang kita lihat. Orang di dalam yang tinggal di dalam Matahari, mereka berperingkat Keempat. Tetapi bahagian luar Matahari ialah alam ‘Nam’, bermaksud Kebenaran. Guru tinggal di sana. Ia indah, menakjubkan, sangat sukar dipercayai. Anda tak dapat gunakan kata-kata untuk menggambarkannya. Segalanya di sana adalah di luar imaginasi dan pemahaman manusia. Jadi Guru dari sebelah luar Matahari kadangkala datang ke teras dalam Matahari untuk mengajar orang di sana. Dan juga, mengikut permintaan dan dengan rendah diri meminta Guru, Mereka juga akan datang ke Bulan, Bulan dalam. Orang Bulan dalam adalah dari Peringkat Keempat. Tetapi Bulan luar adalah berbeza dengan Matahari luar. Alam Bulan luar tak dapat dilihat dan orang di sana berperingkat Ketiga, bukan Peringkat Keempat.

Orang Bulan Peringkat Keempat, biasanya, saya dah kata, datang dari tempat yang dipanggil “dunia aman damai”. Ia berbeza dengan “dunia orang damai”, hanya hampir sama tetapi berbeza. Jadi orang Peringkat Ketiga di dunia luar Bulan, dunia luar di sekeliling dunia dalam adalah berperingkat Ketiga tetapi mereka sangat rajin beramal dan akan capai Peringkat Keempat. Tetapi ini tak bermakna mereka akan masuk ke dalam untuk tinggal bersama penghuni mirip manusia ini di sana. Mereka akan hanya tinggal di luar, dunia yang sama dengan Bulan luar. Itu adalah apabila saya tanya Bulan secara sampingan, jadi Raja Bulan jawab macam itu. Yang sangat ringkas kerana saya lebih banyak bercakap dengan Matahari. Matahari ialah subjek yang lebih utama dalam perbualan kami.

Guru Tertinggi dan roh – roh saya – adalah sama, bersama, satu. Tetapi untuk kerja di planet ini, di dunia fizikal, ada keperluan terhadap badan fizikal, otak fizikal dan sebagainya. Oleh sebab Guru atau Tuhan tak dapat benar-benar bercakap dengan manusia di dunia fizikal, jadi Mereka perlu gunakan ‘pejabat’ ini. Saya memanggil badan saya sebagai pejabat Tiga Paling Berkuasa Yang Bersatu Semula, Sukar Dipercayai. Apa-apa yang masuk ke dalam minda perlu diterjemahkan ke dalam otak, kemudian saya boleh bercakap dgn anda dalam bahasa manusia, kerana Tuhan boleh bercakap dengan manusia tetapi manusia tak dapat dengarnya. Itu masalahnya. Anda dengar tetapi tidak faham. Anda lihat tetapi tidak nampak. Itu masalahnya dengan manusia.

Manusia banyak berdoa kepada Tuhan, malaikat, Syurga tetapi jarang menyedari apa yang Tuhan beritahu mereka. Itu masalahnya. Orang yang amalkan Kaedah Quan Yin dapat dengar firman Tuhan tetapi bukan setiap hari, bukan sepanjang masa, dah tentu, tetapi sekurang-kurangnya dapat. Semasa berdoa, mereka dengar apa yang Tuhan firmankan, atau dapat lihat Tuhan menjelma dalam visi dalaman mereka, seperti Nabi Isa atau Buddha masuk ke dalam visi mereka dan jawab soalan mereka. Biasanya mereka tak perlukan itu pun. Mereka boleh tanya Guru fizikal. Contohnya, Mahaguru Ching Hai, mereka boleh tanya, kemudian akan mendapat jawapan di rumah.

Pada 22 Jun, saya dan isteri saya yang telah diinisiasi mulakan meditasi berkumpulan global bersama-sama di rumah pada pukul 9 malam. Tiba-tiba, dia serahkan kepada saya Barang Kemas Firdausi S.M., kalung ‘Jalan Tengah’ yang seorang kawan minta jaga untuk dia. Selepas memakainya, saya segera mula bermeditasi pada Quan Yin. Tiba-tiba, kuasa yang sangat kuat bawa saya ke Alam Semesta dgn pantas. Saya nampak Bodhisattva Quan Yin yang memegang botol nektar dalam tangan kiri dan dahan dedalu dalam kanan-Nya sementara merenjiskan air nektar pada saya dengan pantas dan bertenaga. Pada masa itu, saya teringat bahawa Guru ialah Bodhisattva Quan Yin juga dan Bodhisattva Quan Yin segera bertukar menjadi Guru.

Saya minta nasihat Guru tentang apa yang hendak dibuat dengan masalah kewangan keluarga kami baru-baru ini. Guru jawab, “Ini ujianmu. Santo sejati, pada saat-saat akhir sebelum mati pun, akan tetap percaya 100% bahawa Tuhan akan berikan bantuan dan sokongan yang diperlukannya. Sementara engkau mara ke depan, akan ada banyak batu karma di sepanjang jalan yang terjelma disebabkan oleh karmamu.”

Saya tanya Guru sama ada Dia boleh bantu saya singkirkan batu itu. Guru berkata, “Tidak, kerana ini ujianmu. Tetapi engkau telah lulus satunya baru-baru ini. Keadaan akan beransur jadi lebih baik. Masih terdapat banyak batu karma di jalanmu. Tapi tak mengapa. Aku akan sentiasa berada di sisimu untuk menempuhnya bersama engkau.”

Saya tanya Guru, “Mengapa Engkau sentiasa rasa begitu dekat dengan aku tetapi aku terasa begitu jauh dari Engkau?” Guru berkata bahawa itu karma.

Saya berterima kasih kepada Guru dengan ikhlas, Guru Agung, kerana menjaga kami dan bersama kami dengan berbelas kasihan. Di bawah situasi dunia yang susah, Guru tetap berada di sini bersama kami anak murid dan membimbing kami menempuhnya. Saya berterima kasih kepada Guru tanpa penghujungnya. Yu-Feng dari Taiwan (Formosa)

Mereka tak perlu berjumpa dengan (Mahaguru) Ching Hai pun untuk dengar jawapannya. Adalah lebih senang tanya Guru di domain fizikal daripada minta Tuhan, Nabi Isa atau Buddha dari Alam Buddha Amitābha, contohnya, supaya jawab soalanmu kerana dalam badan fizikal, itu tahap frekuensi dan kebijaksanaan yang berbeza.

Jadi Tuhan atau Buddha jawab tetapi banyak orang tak dengar dan menyalahkan Tuhan atas tidak dengar kata-kata mereka. Lagi banyak mereka tak dengar firman Tuhan, tak nampak Tuhan, lagi banyak mrk tak memahami Tuhan, lagi banyak tak percaya kepada Tuhan. Apabila mereka tak percaya kpd Tuhan, maya sangat dekat. Mereka datang bercakap karut atau bercakap manis utk menipu orang yang tak tahu apa-apa dan mudah terpengaruh, atau menggoda mereka supaya bekerja dengan mereka, berikan sedikit keajaiban atau sesuatu macam itu kepada mereka hanya untuk merasuahi mereka.

Kemudian manusia akan lebih percaya kepada maya daripada Tuhan kerana mereka dapat lihatnya, lebih dekat dengan maya. Ini dunia maya, raja ilusi. Jadi lebih senang bagi manusia bergantung pada maya dan percaya kepada mereka dan bukan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Tetapi ini suatu pelajaran. Manusia ingin datang ke sini untuk menguji ketahanan, kuasa dan kekentalan mereka tetapi mereka gagal teruk. Apabila mereka letih lesu di dunia fizikal ini kerana ditipu, disalah tuduh, diseksa setiap hari atau melalui neraka, kemudian kembali ke dunia manusia semula atau di Syurga rendah dan keluar masuk sepanjang masa, lahir semula macam itu, mereka menjadi letih lesu, tak dapat berjuang untuk diri sendiri lagi. Segala keghairahan, kuasa dari Syurga dan kepercayaan diri hilang. Kemudian mereka memanggil Tuhan, memanggil Syurga, memanggil Buddha supaya bantu mereka Kemudian pada masa itu, bergantung kepada berapa ikhlas doa itu, Tuhan akan hantar Anak atau Wakil-Nya dalam bentuk-bentuk yang berlainan, wanita atau lelaki, untuk menyelamatkan roh-roh ini kerana mereka sangat memerlukannya.

Sesetengah daripada Guru ini datang dari Syurga tinggi untuk secara sengaja turun ke dunia ini bagi membantu Guru hidup pada masa itu, membantu Guru menjalankan misi untuk menyelamatkan banyak roh yang bersaudara dgn mrk sejak masa dahulu, zaman yang sangat lama dahulu, misalnya macam itu, atau hanya beberapa hayat yang lalu saja atau kadangkala malah dalam hayat ini. Jadi kebanyakan kononnya anak murid ini ialah roh yang terdesak. Mereka memang memerlukan bantuan. Mereka terasa macam hampir mati lemas atau hampir mati. Mereka tak dapat bantu diri sendiri lagi untuk berjuang, belajar atau memperbaik diri di dunia ini. Maka Guru akan datang mengikut Perintah dan Kasih Sayang Tuhan, turun ke bawah dan menyelamatkan roh-roh ini.

Jadi biasanya ia berterusan macam itu hingga tibanya waktu hari kiamat, maka kelonggaran menjadi lebih besar. Tetapi pada masa itu, umat manusia kurang tajam dalam kebijaksanaan dan intuisi mereka. Kebanyakan daripada mereka sudah begitu banyak lemas, diracuni, dibasuh otak, dicemari oleh sistem maya di dunia ini, dan sangat sukar bagi Guru datang memberitahu mereka apa-apa. Mereka tidak faham. Kata-kata yang sangat mudah, kecil, biasa pun, mereka tak faham atau memutarbelitkannya. Bukan sahaja tak faham tetapi juga akan memutarbelitkannya dengan teruk untuk membuat orang lain menjadi lagi keliru. Kemudian jika mereka tidak membunuh Guru, maka itu dah pun bertuah.

Sangat sukar nak mengajar manusia di dunia ini terutama pada akhir zaman sekarang, hampir akhir zaman. Guru kepada Yogananda Ji, apabila kembali dari alam Astral, melepasi sempadan alam Astral untuk kembali berjumpa dengan anak murid-Nya Paramahansa Yogananda Ji, memberitahu Yogananda Ji bahawa Dia lebih suka mengajar makhluk di peringkat Astral kerana makhluk Astral lebih senang diajar daripada manusia di planet ini. Itu ditulis oleh Yogananda Ji dalam ‘Autobiografi Seorang Yogi’. Itu penulisan-Nya dalam buku-Nya.

Photo Caption: Ada Benda Baik dan Buruk, Mesti Sentiasa Berjaga-jaga

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/12)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-27
3811 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-28
2903 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-29
2609 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-30
2343 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-31
2605 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-01
2151 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-02
1907 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-03
1724 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-04
1643 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-05
1521 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-06
1105 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-07
483 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-06-07
148 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
4 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
1 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
1 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
1 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
1 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
1 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android