Guru Terhormat dan Tersayang serta pasukan Supreme Master TV, Hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman kemajuan dalaman saya. Pada 10 September 2022, hari Perayaan Kuih Bulan yang juga merupakan Hari Guru, ketika bermeditasi, saya nampak badan luaran saya pecah dan banyak teratai keemasan muncul dari jantung saya. Saya nampak jantung saya terbuka, penuh dengan Cahaya dan Kasih Sayang. Rasa terima kasih dan belas kasihan saya akhirnya berkembang setelah mengalami segala jenis hal duniawi. Hati saya menjadi lunak dan kembali kepada Lautan Kasih Sayang, penuh dengan Kasih Sayang. Saya nampak Cahaya biru, cerah dan terang, dan jantung saya menjadi panas dan kuat. Saya nampak bulatan Cahaya berwarna tujuh dan beribu-ribu tangan dan mata muncul dari jantung saya. Dengan bunga api meletup-letup di dalam jantung saya, segalanya dalam mata saya begitu menakjubkan. Saya nampak makhluk yang tidak terkira dibebaskan ke Alam Buddha. Saya asyik diberitahu oleh suatu suara, “Semua perkara menakjubkan akan datang. “Semua perkara menakjubkan akan datang. “Semua perkara menakjubkan akan datang.” Terima kasih sekali lagi, Guru Terhormat dan Tersayang serta pasukan Supreme Master TV. You-Xiang dari ChinaGuru Yang Paling Berbelas Kasihan, Sejak kecil lagi, saya telah biasa pergi ke tokong, melafazkan kitab dan mendikirkan Nama Buddha. Walaupun kehidupan material saya melimpah-ruah, jauh dalam hati, saya sentiasa terasa inginkan sesuatu yang tidak terperikan. Dengan Berkat Guru dan Tuhan Yang Maha Berkuasa, saya bertuah untuk menemui ajaran Guru dan menerima inisiasi ke dalam Kaedah Quan Yin. Pada masa itu baru saya menyedari bahawa ini apa yang jiwa saya cari selama ini. Selepas menerima inisiasi ke dalam Kaedah Quan Yin, saya mengalami pengalaman spiritual yang mendalam. Apa-apa yang saya hanya dengar atau baca dalam kitab Buddha, saya dapat sendiri alami.Suatu kali ketika bermeditasi melalui Kaedah Quan Yin, saya nampak Buddha Shakyamuni muncul dengan martabat tinggi. Cahaya-Nya bersinar dengan terang. Kemudian Dia bertukar menjadi Buddha Maitreya dengan senyuman riang, penuh belas kasihan. Di dalam badan Dharma Buddha Maitreya itu, Guru muncul dengan rambut keemasan yang panjang. Badan Keemasan-Nya bersinar di tengah-tengah sinar Cahaya tak terkira seperti beribu-ribu Matahari memancar bersama-sama. Visi dalaman ini buat saya menyedari bahawa Guru ialah jelmaan Buddha Shakyamuni dan juga Buddha Maitreya di Bumi, datang untuk menyelamatkan makhluk hidup daripada penderitaan dan kecelakaan.Pada kali yang lain, ketika memandu, saya ternampak dahan pokok besar telah hampir patah. Pada masa itu, Guru beri amaran kepada umat manusia tentang kejadian yang berpotensi menimbulkan bahaya dan saya khuatir jika dahan pokok itu jatuh, ia boleh cederakan orang yg lalu-lalang. Pada saat itu, saya nampak Guru muncul dari atas sebagai Raja Pemutar Roda Dharma yang memancarkan Cahaya terang, melindungi saya dan semua orang di jalan berbahaya itu.Bertemu dengan Guru dan menerima inisiasi ke dalam Kaedah Quan Yin ialah hadiah paling tak ternilai dlm hidup saya Guru telah mengajar bahawa peluang untuk menerima inisiasi ialah apa yang paling berharga dalam hidup manusia. Saya faham dengan mendalam bahawa tiada apa-apa di dunia ini dapat dibandingkan dgn kebanggaan menerima hadiah inisiasi ini daripada Guru. Tidak kira berapa banyak kekayaan atau kejayaan yang seseorang capai dalam hidup, ia tidak dapat dibandingkan dgn kegembiraan jadi anak murid Guru dan memperoleh pembebasan dari Tiga Alam. Sekarang saya berusaha sungguh-sungguh untuk bermeditasi, dengar ajaran Guru dan berbakti kpd orang lain dgn sepenuh hati seperti yang diarahkan oleh Beliau.Tiada kata-kata yang dapat menzahirkan rasa hormat dan terima kasih mendalam yg saya rasai kpd Guru dgn sepenuhnya. Semoga Syurga Tertinggi dan Pengawal Berkuasa sentiasa melindungi Guru dalam ketenangan dan kesihatan yang baik. Saya dengan ikhlas berharap dunia vegan akan segera menjadi kenyataan dan suatu hari nanti saya akan ada kebanggaan untuk bertemu dengan Guru di alam Bumi ini. Sentiasa dengan rasa hormat dan terima kasih yang mendalam kpd Guru, anak murid Phương Chi dari Âu Lạc (Vietnam)
tak boleh beritahu anda lebih banyak lagi Anda perlu masuk ke dalam bersama mereka untuk lihat siapa saya dan apa yang boleh saya buat utk anda. Tapi di luar, saya hanya beritahu anda, tapi nampaknya anda tak percaya, jadi tidak buat banyak.Ada banyak orang vegan hari ini, lebih banyak. Sebab itulah Kami boleh gunakannya sebagai alasan untuk membantu anda, kerana ia menjana tenaga positif, tenaga bantu, tenaga hidup, tenaga sembuh dan menyelamatkan dunia ini, menyelamatkan nyawa anda. Semua ini tenaga yang sangat positif. Oleh itu, jika mereka bertaubat, menjadi vegan, takut akan nyawa mereka, benar-benar bertaubat dan berubah kepada vegan, tenaga itu akan membolehkan mereka mendapat tenaga Kami kerana ia akan menjadi tenaga yg hampir sama. Jadi mereka dapat menerima bantuan Kami, bantuan daripada Syurga dan bantuan daripada diri saya sebagai Buddha. Saya bukan beritahu anda ini untuk cakap besar kpd anda atau apa-apa spt itu Saya hanya beritahu anda supaya anda tahu mengapa saya ada Kuasa. Saya telah bersatu dgn Tuhan sekarang. Maksud saya, sejak lama dahulu lagi, cuma sekarang lebih rasmi kerana Tuhan mendesak saya supaya beritahu.Photo Caption: Tawarkan Apa yang Mampu kpd SyurgaBetapa Senangnya utk Menyelamatkan Diri Anda!! Bahagian 9 daripada 15
2025-06-27
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya telah menjadi Buddha sejak waktu saya tak dapat ingat lagi. Apabila saya kembali ke sini, saya lupa akan segala-galanya. Saya tahu akan diri saya bersatu dengan Tuhan sejak lama dahulu lagi, sejak 2005 sebelum saya datang ke Hungary untuk suluk itu. Saya dah tahu akan itu selama ini tetapi tidak beritahu anda kerana saya tak tahu bagaimana. Saya tidak mahu kerana menjadi orang biasa atau hanya seorang Guru dah banyak menyusahkan. Orang melihat kita, ingin makan kita. Mereka mahu kita beri mereka berkat dan segala-galanya untuk apa-apa saja yang mereka nak buat, sebarang benda duniawi. Itu akan mengganggu kita, memusarkan tenaga kita, dan sudah ada banyak karma, banyak musuh, kesusahan dan rasa cemburu. Jika kita malah beritahu mereka bahawa kita ialah Buddha atau bersatu dengan Tuhan, oh, saya tak tahu itu akan berapa tidak selesa.Jadi dalam dekad-dekad ini, saya tidak dedahkannya, sejak 2005. Sebelum itu, saya tahu saya bermakrifat, saya tahu saya ada Kuasa untuk memberi inisiasi tetapi hanya pada 2024, Tuhan benar-benar memaksa saya lakukannya. Saya sangat keberatan. Menjadi orang biasa atau hanya Guru adalah lebih senang untuk bernafas. Kita tak perlu lari. Kita tak perlu risau tentang orang mengejar kita atau malah makan kita secara tak nampak. Setiap orang nak makan sedikit tetapi tak nak buat apa-apa pun untuk bantu diri sendiri. Mereka hanya nak ambil daripada kita, kuasa kita, berkat kita. Itu sangat banyak mengganggu tenaga spiritual kita. Anda tak tahu.Bukanlah anda beritahu orang bahawa anda ialah Buddha, maka mereka akan percayai anda. Atau meskipun separuh percaya, mereka boleh cuba, berdoa untuk ini, untuk itu, segala jenis benda duniawi, banyak mengganggu anda, dan lebih banyak musuh akan datang, lebih banyak kesusahan akan datang ke dalam hidup anda. Sebelumnya saya hanya seorang Guru dan sudah alami begitu byk kesusahan, begitu banyak bahaya, apalagi sekarang semua orang perlu dengar bahawa saya ialah Buddha. Itu akan menyebabkan lebih banyak soalan, lebih banyak kesusahan, lebih banyak rasa sangsi, lebih banyak tenaga negatif terbang ke arah saya. Jadi saya tak nak. Saya tak bermaksud nak bohongi anda dalam dekad-dekad ini dengan tidak beritahu anda kebenaran ini tetapi saya cuma begitu keberatan.Di dunia ini, saya tahu dah ada begitu banyak kesusahan hanya menjadi seorang Guru. Jika anda tak percaya, pergilah tanya semua Guru sebenar, seperti dalam keturunan lain. Mereka akan beritahu anda. Tetapi Mereka lebih tenang kerana tak perlu membuat siaran Supreme Master Television. Mereka tak perlu menjaga seluruh dunia seperti yang perlu saya buat dalam kerja saya. Saya sendiri yang nak menjaganya. Itu tak benar-benar ialah kerja saya. Tiada sesiapa yg beri kerja itu kpd saya. Cuma saya tak tahan melihat semua makhluk menderita dalam hidup nyata setiap hari, di mana-mana saja! Setiap hari, saya menangis melihat orang-haiwan menderita di dunia, sama ada akibat manusia, bencana alam atau kemalangan berlaku kepada mereka dan tiada sesiapa yang menjaga mereka dan sebagainya. Oh, hati saya menangis setiap hari… terlalu banyak kesakitan. Kadangkala saya menangis dengan kuat sendirian. Saya kata, “Tolonglah, Tuhan, aku tak tahan lagi. Tolong hentikan semua ini, tolong jangan menghukum aku lagi dengan segala kesakitan di dunia ini.”Anda tak tahu tentang menjadi Guru Sebenar. Itu sangat susah. Kita jadi bersatu dengan semua makhluk, bukan hanya bersatu dengan Tuhan. Kita menjadi bersatu dengan semua makhluk hidup dan rasai kesakitan mereka. Itu sangat besar dan kita tak dapat hilangkan itu kerana kita menjadi begitu sensitif dengan segala jenis perasaan. Walaupun kita tidak mengenali orang-anjing itu, tidak mengenali orang-flamingo yang alami kesusahan di sana, tidak mengenali orang-harimau yang dikurung di dalam sangkar kecil dan tak dapat berpusing pun di sarkas, zoo atau mana-mana saja mereka mengurung dia, saya rasainya, saya seperti dia, dalam situasinya! Jika saya nampak orang-haiwan itu dalam sebarang situasi, saya terasa saya ialah orang-haiwan itu. Itu sangat besar setiap hari. Kadangkala saya tak dapat makan, tak dapat tidur. Nasib baik saya masih ada meditasi Quan Yin untuk bergantung, membaiki sebahagian daripada ‘kerosakan’ saya. Jika tidak, saya tak rasa saya dapat hidup selama ini di dunia ini. Saya akan pecah berkecai lama dahulu lagi.Saya telah mengaku kepada anda, kadangkala saya nak tutup Supreme Master Television. Mengapa? Kerana minda saya berkata, mengapa saya harus peduli sedangkan mereka tak peduli? Jika mereka tak pedulikan nyawa mrk, tak pedulikan dunia mereka sendiri, tak pedulikan keluarga, anak kecil mereka dan biar mereka terselar dalam perubahan iklim yang sentiasa meningkat, maksud saya sentiasa menaikkan suhu, dan atas itu banyak kerosakan yang berkaitan berlaku di seluruh dunia. Orang banyak menderita hari ini dengan banjir, tanah runtuh, gunung berapi, gempa bumi, segala jenis bencana. Orang Jepun sekarang alami gempa bumi itu tetapi itu belum lagi yang terbesar. Ia sepatutnya yang lebih besar tetapi mungkin satu lagi yg lebih besar akan melanda.Kami cuba bertahan. Saya cuba bertahan tetapi saya tak dapat sentiasa bertahan kerana manusia tak dengar, tidak bantu diri sendiri. Berfikirlah bagaimana karma satu orang boleh melitupi seluruh angkasa. Bayangkan berapa banyak karma yang perlu saya uruskan dengan seluruh dunia. Tiada sesiapa yang buat begitu. Tiada orang lain yang dapat. Saya hanya berkata kpd pengikut saya kerana saya tidak harapkan sesiapa dengar kata-kata saya dan percayai apa-apa yang saya katakan. Sehingga mereka mati atau bergelut antara hidup dan mati baru akan mereka barangkali berdoa kepada Tuhan atau sesuatu. Itu pun jika mereka masih boleh cukup tenaga dan ingat untuk berdoa!Saya memang harap mrk akan selamat. Tetapi hayat ini, tempoh ini ialah tempoh pembetulan, pembersihan, pemilihan. Syurga akan sangat ketat dalam menerima siapa, roh mana akan berada di Syurga dan roh mana akan berada di neraka atau hilang selama-lamanya. Tetapi saya lihat ke sekeliling, tak kelihatan macam manusia peduli. Mungkin mereka takut, gentar, tetapi mereka tak pedulikan diri sendiri.Hanya satu perkara: Lari dari karma bunuh, maka mereka akan selamat tetapi mereka tak dengar. Hanya tidak makan daging orang-haiwan. Jauhi karma perang. Apa-apa yang berkaitan dengan mencederakan orang lain – jauhi. Maka nyawa anda akan selamat. Anak anda akan lihat anda untuk masa yang lama. Segala benda yang anda miliki – hartanah, rumah, anak, akaun bank, kapal pesiar besar, perniagaan besar – semuanya akan masih jadi milik anda. Anda takkan kehilangannya. Tetapi anda perlu bertaubat dgn ikhlas dan menjadi vegan. Itu saja. Bertaubat atas semua dosa anda dan jadi vegan. Jika anda tak faham apa itu dosa atau apa yang telah anda buat sebagai dosa, hayat ini atau banyak hayat lampau, berdoa saja agar diampuni. Berdoa dengan sepenuh hati, seolah-olah anda perlukan udara untuk bernafas, berdoa macam itu. Seolah-olah anda sesak nafas. Sekarang anda perlu berdoa bagi mendapat udara untuk bernafas. Jika tidak, saya tiada sebarang penyelesaian lain.Saya cuba bersungguh-sungguh bagi membaiki segalanya untuk anda tetapi tetap tak cukup jika anda tidak bekerjasama. Sesetengah orang sudah berubah menjadi vegan. Saya berterima kasih dan gembira untuk mereka dan juga untuk planet ini. Sebab itulah kita boleh ada alasan untuk membuat bencana menjadi kurang teruk dan dengan akibat yang kurang. Anda boleh lihat baru-baru ini, banyak berkurangan. Kurang teruk, kurang kerap Apa yang saya katakan kepada anda semuanya benar. Tapi dah tentu, sukar bagi anda percaya kerana anda telah begitu biasa mendengar kata-kata maya di sekeliling anda, makhluk jahat, syaitan yang mengelilingi anda, meracuni anda. Walaupun saya telah arahkan supaya byk drpd mereka ditangkap dan dikurung di neraka, kesannya masih wujud. Jadi kata-kata saya mungkin tidak bermakna bagi anda. Saya hanya boleh menangisi anda, berdoa untuk anda,tetapi anda sendiri perlu makan makanan untuk hentikan kelaparan anda, perlu makan ubat untuk menyembuhkan penyakit anda. Doktor tak dapat makan ubat untuk anda, tidak kira berapa hebatnya dia. Orang kaya tak dapat makan semuanya untuk anda, tidak kira berapa banyak makanan yang dia ada di rumah dan berapa banyak dia nak berikan kepada anda. Anda perlu makan untuk hentikan kelaparan anda. Sama juga, anda perlu berakhlak mulia. Anda perlu bertaubat dan menjadi vegan. Itu saja. Itu sifat baik yang anda perlukan sekarang, kuasa yang anda perlukan untuk melawan segala serangan daripada akibat karma yang anda tak nampak pun ini. Itu masalahnya. Saya tak boleh hula-hula-hoop utk anda.Saya bercakap tentang segalanya dengan jelas sekali dan anak murid saya juga telah berikan banyak testimoni untuk biar anda tahu bahawa saya tidak menipu anda, bahawa mereka benar-benar ada apa yang saya janjikan kepada mereka bahawa mereka akan ada. Mereka pergi ke Syurga, Alam Buddha seperti anda pergi ke pasar raya. Anda tidak pergi ke pasar raya setiap hari, dah tentu. Mereka juga tak nampak semua visi ini setiap hari. Tetapi selalunya bukan hanya visi yang mereka nampak. Kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik – lebih selesa, lebih bermakrifat, lebih mulia, lebih puas dari segi moral dan fizikal. Saya