Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Oleh itu, jika mereka bertaubat, menjadi vegan, takut akan nyawa mereka, benar-benar bertaubat dan berubah kepada vegan, tenaga itu akan membolehkan mereka mendapat tenaga Kami kerana ia akan menjadi tenaga yg hampir sama. Jadi mereka dapat menerima bantuan Kami, bantuan daripada Syurga dan bantuan daripada diri saya sebagai Buddha. Saya bukan beritahu anda ini untuk cakap besar kpd anda atau apa-apa spt itu Saya hanya beritahu anda supaya anda tahu mengapa saya ada Kuasa. Saya telah bersatu dgn Tuhan sekarang. Maksud saya, sejak lama dahulu lagi, cuma sekarang lebih rasmi kerana Tuhan mendesak saya supaya beritahu.Macam mana pun, jangan ingat saya beritahu anda bahawa saya ialah Buddha atau telah bersatu dengan Tuhan untuk untung diri. Apa yang saya dapat daripadanya? Hanya mendapat lebih byk kesusahan. Lebih byk orang gigit di sekeliling saya, yang tidak buat apa-apa pun tetapi hanya mahukan untung, mahukan berkat dan kuasa menyelamat. Tetapi mereka tak nak buat apa-apa pun, hanya menyusahkan saya saja. Mereka tidak hanya amalkan diet vegan dan bertaubat pun. Itu saja. Berapa lebih senang lagi untuk dibuat?Saya beritahu anda itu kerana ada banyak juga kononnya Buddha di luar yang tak berguna, hanya bercakap atau tak dapat bercakap pun.Hanya dibesar-besarkan oleh media sosial, kemudian menjadi terkenal dan nikmati itu. Mereka tidak buat apa-apa pun, tiada kuasa, malah berperingkat rendah, peringkat yang sangat rendah, malah boleh memudaratkan anda. Tetapi bgmn saya nak beritahu sesiapa? Tiada sesiapa yang akan fahami apa-apa. Mereka semua buta.Masalahnya, orang yang bekerja untuk maya ada kuasa memikat orang, cuma itu bukan kuasa sebenar. Jika mereka menjana sedikit cahaya lembut, itu juga daripada maya, trik maya. Dalam kitab Buddha, Kitab Śūraṅgama, Buddha juga berkata macam itu. Mungkin mereka jelmakan sedikit cahaya tetapi ia tidak benar. Ia bukan cahaya anda. Ia bukan yang sebenar. Guru buka mata ketiga anda, maka anda ada Cahaya (Syurga dalaman) sendiri. Kadangkala ia begitu terang, anda tak dapat terus lihatnya pun. Seperti jika anda menaik ke Syurga di sesuatu tempat dan nampak Guru. Pada permulaannya, jika peringkat anda masih tak terlalu tinggi, itu Cahaya Guru, kadangkala anda perlu melindungi mata anda. Tetapi cahaya maya, Peringkat Astral atau neraka astral, sangat lembut, malah selesa untuk dilihat.Dalam salah sebuah buku Tibet, mereka panggilnya ‘Buku Orang Mati’, mereka malah gambarkan itu. Mereka kata jika anda mati dan kebetulan nampak cahaya – cahaya lembut anda elakkan, dan Cahaya terang, meskipun tidak selesa, terlalu terang, anda tetap perlu mengikut Cahaya itu, maka anda pergi ke peringkat yg lebih tinggi. Jika anda mengikut cahaya lembut, maka itu tidak benar. Anda pergi ke peringkat rendah, Peringkat Astral atau peringkat neraka. Di neraka pun, mereka juga ada cahaya disebabkan oleh api yang bernyala di dalamnya. Ia tidak gelap sepenuhnya, tetapi ia tempat yang dahsyat. Mrk hukum anda tanpa penghujungnya dengan segala jenis alat yang dahsyat, menyakitkan. Oleh sebab anda adalah daripada Tuhan, jika anda buat sesuatu yang salah, hati nurani anda akan jelmakan segala jenis hukuman ini untuk anda. Itu arahan anda.Makhluk jahat, syaitan tak dapat buat apa-apa terhadap anda jika anda ada kepercayaan yang teguh kepada Tuhan, jika anda menjaga kesucian dan kebaikan diri. Seluruh neraka tak dapat buat apa-apa terhadap anda. Raja neraka pun tak dapat buat apa-apa terhadap anda. Tetapi anda tunduk, lemah, perhatian dialihkan dan terpikat oleh segala benda material dan keselesaan di dunia ini. Anda mengalah. Anda jual diri untuk mendapat semua itu, secara sedar atau tidak sedar pun. Kemudian anda bekerja untuk maya dan ingat dia berikan segalanya kepada anda. Tunggulah. Tunggu sehingga dia tunjukkan wajah sebenar, kemudian anda akan dihukum, akan diseksa, akan dihambakan dan tak dapat menjadi bebas. Tetapi semua ini, saya beritahu anda, jarang manusia boleh alami.Ada sesetengah orang yang boleh. Kadangkala Buddha atau Tuhan mahu sesetengah orang alami neraka untuk kembali ke sini dan beritahu kita, menulis buku tentangnya dan lain-lain. Atau orang yang hampir mati itu kadangkala juga dibawa ke neraka untuk mengetahui kebenaran neraka, kemudian kembali ke sini dan menulis buku atau pergi berkhutbah dan beritahu orang Tetapi kebanyakan orang tak tahu apa-apa pun tentang Syurga dan neraka, apa-apa pun. Sebab itulah apabila Nabi Isa mengatakan sesuatu, tiada sesiapa yang begitu faham pada masa itu, hanya segelintir anak murid-Nya. Buddha pula, berlatar belakang putera, bercakap dengan begitu jelas macam itu, berapa banyak orang mengikut Buddha? Mungkin kira-kira 10,000 orang ketika Baginda masih hidup kerana Baginda hidup lama. Baginda berkhutbah selama 40 tahun. Tetapi berapa banyak orang mengikut Baginda? Hanya segelintir orang. Sesetengah kononnya anak murid malah mengkhianati Baginda dan ingin bunuh Baginda, seperti Devadatta, banyak kali. Jadi bayangkan, siapa boleh dengar kata-kata siapa?Pada zaman Buddha, udara masih bersih, fikiran orang masih murni tetapi mereka tetap tidak banyak dengar kata-kata Buddha. Banyak orang memfitnah Baginda. Anak murid-Nya sendiri mengikut Devadatta, contohnya. Pada zaman ini, kita ada begitu banyak benda material yang lebih menarik, malah boleh mengheret anda ke dalam jenis kehidupan duniawi ini dan buat anda lupa akan Diri sendiri, lupa akan Sifat Buddha anda, lupa akan Roh Kudus di dalam diri anda. Kemudian anda jatuh. Lagi banyak anda jatuh lagi rendahnya anda. Lagi kurang bermakrifatnya anda lagi kurang anda ingat akan Diri agung anda, masa lalu anda di Syurga atau di Alam Buddha. Sebab itulah dunia kita menjadi macam ini. Saya tak berani…Saya nak bercakap dengan anda seminggu yang lalu, saya dah kata, tentang beberapa perkara baik. Saya akan cuba ingat untuk beritahu anda sekejap lagi, tentang Matahari, pokok di sekeliling saya dan orang-burung di sekeliling saya. Tetapi saya terlalu sibuk bekerja untuk Supreme Master Television dan menyemak berita bagi diberikan kepada mereka untuk disiarkan kpd anda: untuk kesihatan anda, kesedaran spiritual anda, segala jenis perkara yang saya cuba lakukan. Sangat sibuk, kadangkala hanya pada waktu malam untuk bermeditasi pun, kadangkala tak dapat kerana terlalu banyak kerja, tekanan, dan terlalu banyak masa kerja. Badan rebah kadangkala. Kadangkala saya bekerja tetapi tak tahu pun bahawa saya rebah. Nasib baik saya tidak jatuh ke atas… Nasib baik saya tak begitu kerap jatuh ke atas lantai. Jika suatu hari nanti anda tak nampak saya lagi, maka mungkin itu berlaku dan mungkin tak begitu ringan seperti pada kali yang lain.Okey, tak apa-apa. Saya tidak alami apa-apa. Maksud saya, dah tentu saya menderita disebabkan karma tetapi semangat saya kuat. Hati saya masih penuh kasih sayang. Fikiran saya masih penuh dengan belas kasihan terhadap semua makhluk, segalanya yang saya nampak atau tak nampak di planet ini, dan terhadap penghuni neraka juga, mangsa perang, semua orang-haiwan yang alami kesakitan besar dan kesusahan, segalanya yang bukan Syurga di Bumi, atau sekurangnya dari segi perikemanusiaan, cukup memuaskan untuk orang dapat bernafas, hidup. Tak terlalu banyak.Saya lihat banyak negara hebat – kaya, terkenal, berkuasa – tetap ada orang yang berada di bawah garis kemiskinan dan tidak berumah, atau mesti tinggal di khemah plastik dalam cuaca sejuk pun sewaktu salji bertimbun tinggi sekali, tetapi mereka tetap tinggal di dalam khemah sebegini. Kadangkala orang tak berumah berada di depan bangunan datuk bandar dan tidur di atas anak tangga, di depan pintu pagar pejabat datuk bandar, manusia di negara hebat, negara kaya, negara berkuasa pun. Jadi hati saya tak dapat sembuh. Hati saya tak dapat sembuh, bukan sekarang, kecuali dunia ini berubah menjadi alam penuh kemurahan dan orang hidup dalam Rahmat sepenuhnya dan bukan hanya hidup dalam tenaga gelap, ketamakan, standard tak bermoral dan banyak menderita bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental, emosi, jiwa, psikologi dan rohani, dah tentu. Sehingga semua itu hilang, saya tak dapat, hati saya tak dapat sembuh.Begitu banyak perkara lain kita tidak katakan, seperti bayi dalam kandungan tetap menderita akibat bahan yang melecurkan seluruh badan macam itu dan mereka tidak buat apa-apa yang salah sama sekali. Boleh anda bayangkan anda ialah bayi, berada di dalam rahim ibu dan orang mengepam ubat ke dalam rahim itu, membuat anda melecur? Kerana bayi sudah besar, suntikan tak dapat menggugurkan bayi. Anda perlu gunakan bahan yang lebih kuat dan ia melecurkan bayi hidup-hidup. Bayangkan jika itu anda, dilecurkan hidup-hidup, tak berdaya macam itu. Bayangkan jika itu anda.Bayangkan orang-haiwan juga, andalah yang menderita di dalam sangkar kecil di mana mereka tak dapat berpusing pun, hidup dalam kotoran, dlm tahi dan air kencing sepanjang hidup kemudian dibunuh untuk anda makan daging mereka di atas meja dan menikmatinya. Bayangkan anda ialah orang haiwan itu.Bayangkan anda ialah bayi yang digugurkan dengan bahan lecur yang melecurkan mereka, melecurkan bayi kecil yang lembut itu sehingga mereka mati dlm masa 24 jam. Bayangkan berapa banyak penderitaan jika anda dilecurkan macam itu selama 24 jam dan tiada sesiapa yg bantu anda, tiada sesiapa yang pedulikan anda, biar anda mati kesakitan, mati sengsara macam itu. Bayangkannya. Anda tak perlu keluar ke jalanan untuk memprotes, melindungi kanak-kanak dengan tindakan atau apa-apa pun. Hanya bayangkan anda ialah bayi itu. Itu dah cukup. Cubalah.Dan mereka yang masih makan daging orang-haiwan, bayangkanlah anda ialah orang-lembu itu, begitu kuat, begitu berkuasa tetapi tak berdaya kerana lemah lembut, tak nak bunuh sesiapa pun. Kemudian mereka datang dengan lori lalu mengambil bayi anda, kemudian letaknya di bahagian belakang lori dan bawa bayi anda pergi dari anda supaya orang lain boleh makan daging anak lembu, suatu makanan istimewa, daging lembut seperti daging anak lembu Itu daging anak lembu muda yang anda makan. Anda panggilnya daging anak lembu lembut. Kemudian anda makan stik daripada ibu lembu juga. Bayangkan anda ialah mereka, anda ialah ibu lembu, kehilangan bayi di depan anda juga dan anda tak dapat buat apa-apa. Orang datang dan culik anak kecil anda.Bayangkan anda ialah itu. Anda ialah orang-lembu itu, anda ialah bayi kecil itu. Bayangkannya. Itu saja yang saya minta daripada anda. Jika anda tak nak meninggalkan daging berdarah daripada orang-haiwan itu, bayangkannya. Setiap hari, anda bayangkan apabila anda makan makanan, daging berdarah yang anda panggil sebagai makanan, bayangkannya Itu saja yang saya minta daripada anda. Saya mencabar anda untuk buat begitu. Tidak perlukan lagi khutbah daripada sesiapa pun.Tapi dah tentu, saya tak terlalu banyak menyalahkan anda. Saya beritahu anda semua ini tetapi sementara itu rasa begitu bersimpati dengan anda. Saya harap seseorang akan mengajar anda secara berbeza dan bukan hanya mengambil derma anda, tawaran anda, makan orang-ayam besar, orang-ayam belanda besar, minum wain besar, bahan alkohol yang mahal, seumpamanya, dan hanya beritahu anda, “Okey, pergilah mengaku atau pergi ke gereja.” Gereja bukanlah gereja lagi. Itu rumah sembelih. Semua penganut diajar supaya mengubah gereja menjadi rumah sembelih, malah galakkan orang supaya melakukan pengguguran, malah mengambil wang cukai bagi bayar untuk pengguguran di luar negeri. Tiada sesiapa yang dapat bayangkan jika anda ialah bayi itu. Tiada sesiapa yang dapat bayangkan jika anda ialah orang-lembu dan bayi lembu itu. Saya tak begitu byk menyalahkan anda. Saya hanya perlu beritahu anda segala kebenaran, berharap anda ada telinga untuk dengar dan hati untuk faham.Photo Caption: Bersama-sama, Memperindah Dunia