Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Adakah kamu puas? Jika tidak, kamu boleh tanya lagi. (Terima kasih.) Okey, sama-sama. Saya akan beritahu kamu seperkara lagi untuk bantu kamu lebih faham. Contohnya, bukankah dunia kita sangat primitif pada masa dahulu? Kami tinggal di dlm gua, makan daging (orang-haiwan) mentah dan sebagainya. Kita tak tahu bagaimana menghidupkan api pun. Kita tiada alat sama sekali, kemudian beransur-ansur semakin banyak Guru bermakrifat datang ke dunia ini. Sebelum Nabi Isa, ada banyak Guru bermakrifat. Sebelum Buddha Shakyamuni, ada banyak Guru bermakrifat juga. Mereka datang, secara beransur-ansur, satu demi satu. Walaupun Mereka tidak pergi ke seluruh dunia untuk bercakap dengan semua orang, namun di mana-mana pun Mereka bercakap, seluruh dunia akan bergetar… Getaran itu akan tersebar. Sebab itulah seluruh dunia akan tahu. Itu bagaimana dunia kita terus semakin meningkat maju. Kamu dapat lihatnya, kan? Jadi dunia kita hari ini jauh lebih indah dan selesa daripada dua atau tiga ribu tahun dahulu. Okey.Sekarang jangan tanya saya: “Apakah cakap karut yang Guru katakan ini? Mana dapat orang di Somalia dengar apa yang dikatakan-Nya di sini?” Jika saya gunakan telefon untuk bercakap dengan kamu di sini, dapatkah kamu dengar kata-kata saya? Dapatkah kamu dengar kata-kata saya di Taiwan (Formosa)? Ya! Okey. Apa itu telefon? Itu sejenis alat material yang buktikan bahawa apabila saya bercakap di sini, kamu dapat dengarnya di sana juga. Jika tiada telefon, kamu tak dapat dengar. Saya bercakap di sini dan kamu dapat dengar kata-kata saya di Taiwan (Formosa). Nasib baik sekarang kita ada telefon. Sekarang kamu faham. Kamu tak boleh kata orang di Somalia tak dapat dengar kata-kata saya. Roh kita tak perlukan telefon. Telefon ini menunjukkan bahawa seluruh dunia dpt dengar kata-kata saya. Terdapat satelit juga. Apabila orang Amerika pergi ke Bulan, kita dapat berhubung dgn mereka dari sini. Disebabkan oleh alat itu, kamu tahu bahawa dia dapat dengar kata-kata kita. Mengapa begitu? Kerana suara kita ini boleh bergetar ke seluruh Alam Semesta! Oleh itu, perbuatan, pertuturan pemikiran kita mestilah sangat bersih, indah dan suci. Sebab itulah saya beritahu kamu supaya mematuhi rukun – tidak membunuh, tidak makan daging (orang-haiwan), kerana kita semua ialah satu entiti. Apa-apa yang kita buat, seluruh Alam Semesta dapat lihat.Okey. Lihatlah saja telefon dan kamu akan tahu. Kamu dapat dengar suara saya dari sana. Mengapa? Ini bukan disebabkan oleh kabel. Ini disebabkan oleh suara saya boleh ditransmisikan ke sana. Kabel hanyalah suatu alat yang dapat mentransmisikannya. Ia dapat transmisikannya ke telingamu. Jika tidak, beberapa utas kabel hanya dapat biar lima atau enam orang dengarnya. Jadi seperti televisyen, atau stesen televisyen atau radio, berjuta-juta, malah berbilion-bilion orang dapat dengar dan lihatnya. Itu menunjukkan apa yang saya katakan adalah betul. Somalia, Rusia, mana-mana pun dapat dengar apa yg saya katakan di sini. Roh mereka dengar, bukan hanya telinga mereka. Baiklah, jika kita nak menguatkannya untuk biar minda mereka dengar, biar telinga mereka dengar dengan jelas, maka kita gunakan televisyen atau telefon. Jika tidak, suara dah ada di sana pada permulaannya lagi. Jika tidak, mana dapat telefon menangkap suara saya? Jadi adakah itu cukup dengan fakta saintifik? Ada soalan lagi tak? Ya, itu bagus.(Guru, boleh saya tanya satu lagi soalan?) Pasti boleh. Kamu orang Cina ada banyak soalan. Orang Cina ialah pakar dalam menanya. Tanyalah. Okey. (Daripada apa yang saya tahu tentang agama Buddha, tiada perkataan ‘roh’ dalam agama Buddha.) Mengapa kamu perlu gunakan istilah ‘roh’? Tak mengapa jika kamu tak nak gunakannya. (Ya. Dalam agama Kristian, mereka sering gunakan perkataan ‘roh’.) Maka… (Mereka gunakan perkataan ‘roh’.)(Dari sudut pandangan Guru, daripada apa yang Guru percayai, adakah tiada perbezaan antara agama Buddha dan Kristian?) Tiada perbezaan. Katakan kamu memanggil gelas itu ‘shuei’ dan saya panggilnya ‘water’ – boleh tak itu? Dah tentu, kamu dah biasa memanggil ‘shuei’ dalam bahasa Cina. (Tetapi kepercayaan agama adalah sangat berbeza.) Sama juga. (Kerana dalam agama Kristian, mereka kata…) Saya akan beritahu kamu. Kamu berfikir macam itu kerana kamu tidak belajar bahasa Sanskrit. Dalam agama Buddha, ia ditulis sebagai ‘Atma’ dalam bahasa Sanskrit. ‘Atma’ bermaksud roh. Dalam bahasa Cina, ia diterjemahkan sebagai ‘roh’. Faham? Atma. (Kesedaran spiritual.) Roh. Tidak, bukan ‘kesedaran spiritual’. Sebab itulah mereka tulis ‘Mahatma’, bermaksud ‘roh agung’.(Dalam agama Kristian, ada dikatakan bahawa kita perlu bergantung pd Tuhan untuk diselamatkan.) Ya. (Bukankah begitu?) Ya. (Tetapi dalam agama Buddha, seperti yang Guru katakan tadi, kita perlu bergantung kpd kuasa sendiri.) ‘Kuasamu sendiri’ ialah dirimu sendiri, iaitu Tuhan. Tuhan ialah Sifat Asal kita. Kita daripada Tuhan. (Ya. Tetapi dalam agama Kristian, ada banyak ritual.) Dah tentu… (Jadi kita perlu menyembah dan berdoa.) Ya. (Perlu berdoa.) Ya. (Jadi benar-benar bergantung kepada kuasa luar kerana itu hubungan antara tuan dan hamba.) Saya tahu apa yang kamu maksudkan. Maka biar saya tanya kamu: Bukankah guru spiritual agama Buddha juga beritahu kamu supaya pergi ke tokong untuk menyembah Buddha? Perkara yang sama. Kamu pergi menyembah Buddha dan meminta pahala. Kedua-duanya tidak betul.Kamu harus berdoa kepada diri sendiri. Kamu tak perlu pergi ke tokong atau gereja. Namun begitu, sekarang kamu memaksa saya katakannya, mereka akan marahi saya dan berkata saya ialah pembidaah! Mereka akan berkata bahawa saya bercakap dengan tidak betul. Sebenarnya Buddha Shakyamuni tidak pergi ke tokong untuk menjadi Buddha. Nabi Isa juga tidak membina gereja untuk berkomunikasi dengan Tuhan. Hanya selepas Mereka telah wafat baru orang membina dewan peringatan itu, kemudian semua orang berkumpul sepanjang hari… kemudian semakin banyak ritual dan semakin banyak doa. Pada hakikatnya, ketika Nabi Isa masih hidup, Baginda tidak melakukan semua itu. Buddha Shakyamuni, menurut kitab yang saya baca, tidak suruh kita menyembah Baginda atau membakar dupa. Tidak. Kitalah yang wujudkan semua itu.(Guru, saya bersetuju dengan Guru tentang itu kerana saya tidak menyembah juga.) Ah, bagus! Maka mengapa kamu menyusahkan saya? (Kerana saya juga tidak meminta pahala.) Itu sangat bagus. Kamu sangat bagus! Dia sudah bermakrifat tetapi masih tanya saya segala soalan bodoh itu, tetapi saya tahu kamu tanya demi orang lain. Betul? Ya. (Kerana saya rasa sebab terbesar kita nak menjadi bermakrifat adalah berharap menjadi bebas daripada lautan penderitaan – kitaran lahir dan mati.) Ya, ya, ya. (Jadi meminta pahala bukanlah sesuatu bagi kepercayaan abadi.) Ya. Hanya perkara remeh saja. Lagipun, dengan menikmati pahala itu, kita akan perlu kembali ke sini dan lahir semula. Bukan? Ya. Sekarang kamu memahami segalanya. (Tidak. Saya berfikir mungkin saya dapat dengar perkara yang lebih baik daripada Guru.) Ya. Perkara yang lebih baik ialah apa yang kamu katakan tadi – menjadi bebas daripada lautan penderitaan. Jika kamu cari ini, maka kita mesti… Tiada cara lain kecuali menyedari Sifat Asal kita.(Maka bagaimana kita harus lihat ‘tinggalkan kehidupan duniawi’?) Apa, sayang? (Tinggalkan kehidupan duniawi – mengenal penderitaan dan meninggalkannya. (Ini bermakna dah jemu dan tinggalkan kehidupan duniawi.) Selepas kita menjadi bermakrifat, kita takkan membenci dunia tetapi kita juga takkan terikat dengannya. Kita akan menjadi neutral. Kita buat apa yang harus kita buat – apabila lapar, kita makan; apabila letih, kita tidur; jika tak berduit, kita pergi cari. Tetapi di dalam, kita ada sesuatu yang lain yang tak berkaitan dengan wang, tidur, makan, anak, suami, isteri, saudara-mara atau kawan. Itu apa yang kita mahukan. Kita ada itu pada kita hayat demi hayat. Kita sudah adanya sejak permulaan lagi, iaitu Diri Sebenar kita, bebas sepenuhnya. Kita tahu dengan jelas bahawa kita langsung tak perlukan apa-apa pun. Ya, selepas kita jumpai-Nya, kita bebas daripada lautan penderitaan. Sebenarnya pada asalnya kita sudah pun bebas. Saya tahu kamu memahami itu. Tak mengapa.(Jika kita tak berkaitan dengan ibu bapa, isteri, suami atau anak kita dan semua orang yang lain, adakah ini bermakna hati kita akan menjadi hati yang sunyi?) Tidak! Saya maksudkan Diri Sebenar kamu, bukan emosi dan hubungan kamu. Kamu masih menyayangi ibu bapamu, sama – itu emosi. Bahagian kamu itu berbeza dengan Diri Sebenar kamu. Faham maksud saya? Diri Sebenar merangkumi segala-galanya Maksud saya, selepas jumpai Diri Sebenar, tanpa ibu bapamu, tanpa wang atau sebarang hubungan pun, kamu tetap takkan kehilangan-Nya. Kamu tetap akan gembira. Kamu tetap akan faham dan tahu siapa dirimu sebenarnya. Itu maksud saya. Saya tidak maksudkan selepas menjadi bermakrifat, kamu akan putuskan semua hubungan. Tidak! Mengapa? Orang kami di sini masih berkahwin dan beranak.Maksud saya adalah Diri kita adalah di atas segalanya yang kita ada – di atas semua batasan, semua sifat material, semua hubungan di dunia. Oleh itu, meskipun seseorang tiada teman lelaki, tidak berkahwin, tidak beranak, dia akan masih bermakrifat dan gembira sepanjang masa. Seseorang tak perlu bergantung kepada harta benda, anak, suami atau isteri untuk menjadi gembira. Itu maksud saya. Adanya hubungan tak mengapa juga. Saya tidak maksudkan selepas makrifat, kamu memutuskan segala-galanya. Jika tidak, apa yang nak dibuat dgn kehidupanmu? Saya rasa kamu faham dengan lebih baik dan lebih mendalam.(Maka apakah pandangan Guru tentang pertalian karma dengan orang?) Pandangan saya tentang orang? (Pertalian dengan orang.) Apa maksud kamu? (Pertalian dengan semua orang. Pertalian. Hubungan antara orang.) Maksud kamu hubungan saya dengan mereka atau dengan Diri Sebenar mereka? (Apakah pandangan Guru tentang pertalian antara orang di dunia ini?) (Maksud saya, contohnya, pertalian saya dengan bapa saya.) Faham. (Pertalian saya dengan ibu saya atau dengan Guru. Hubungan saya dengan rakan sekelas dan kawan saya.) Ini kamu semua tahu. Ia berkaitan dengan karma dari hayat lampau… (Pengaruh karma.) Ya, ya, ya. Hayat lampau. Contohnya, pada masa dahulu, kamu saling sangat mengambil berat atau… Meskipun kamu hanyalah kawan yang sangat rapat, saling banyak membantu dan benar-benar saling mengambil berat, dalam hayat seterusnya, mungkin kamu kembali sebagai ibu bapa dan anak, ibu dan anak lelaki, atau suami dan isteri. Apa? (Jadi adakah ini apa yang dipanggil pengumpulan karma?) Ya, ya, ya. Karma terkumpul dan terus mengheret. (Ia mengikut kecenderungan inheren kita dan bertimbunan.) Ya, ya, ya. Tetapi ia tak berkaitan dengan Sifat Sebenar kita. (Memang, Guru.) Tak begitu banyak.(Adakah karma berkaitan dengan hati kita? Tak berkaitan?) Maksud saya Sifat Sebenar kita. (Hati sebenar.) Pada asalnya, Ia tak berkaitan dengan apa-apa pun kerana Ia berkaitan dengan seluruh Alam Semesta. Pada asalnya, kita bersendirian. Kemudian saya ada bapa, ibu… Pada asalnya, kita semua ialah satu entiti. Selepas jatuh ke dalam dunia ilusi ini, kita menjadi individu, setiap orang ada nama dan keluarga. Sejak muda lagi, orang sentiasa mengenal kamu sebagai ‘Puan Wang’. Kamu dilahirkan, kemudian membesar, kemudian terbatas dalam situasi tertentu dan mengenal diri sebagai itu.(Maka jika kita gagal melepaskan diri daripada pertalian dengan orang ini, akankah kita terus lahir semula dalam lautan penderitaan lahir dan mati?) Dah tentu. Sebab itulah kita perlu menjadi bermakrifat. Kita perlu lihatnya dengan jelas bahawa kita semua ialah Satu Entiti, bahawa kita bukan badan ini. Sebab itulah kita perlu menjadi bermakrifat dan mengenali Diri Agung kita sendiri, Sifat Diri kita yang bersatu dengan Alam Semesta. Itu tanggungjawab saya.(Maka, mengenai pertalian dengan orang lain, adakah Guru rasa kita masih harus menjalin pertalian dengan orang lain?) Ia sudah pun diwujudkan. Mengapa kamu kata kita ‘harus’? Ke mana pun kita pergi, kita sentiasa menjalin pertalian secara natural. Contohnya, apabila kamu jatuh ke dunia ini, tidak kira apa yang kamu nak buat, kamu pasti ada ibu bapa. Seperti saya, seperti Buddha Shakyamuni, seperti orang lain – sama ada kita mahukannya atau tidak. Dengan datang ke dunia ilusi ini untuk mainkan drama ini, permainan ini, pertalian terjalin. Tetapi ada pertalian ini adalah seperti tiada pertalian.Bagi orang bermakrifat, ada atau tiada pertalian adalah sama. Bagi seseorang yang tidak bermakrifat, dia hanya ada bapa dan ibu. Tanpa mereka, dia akan ‘mati’. Tanpa kekasihnya, dia akan banyak menangis atau membunuh diri. Bagi orang bermakrifat, ada dan tiada pun sama saja. Jika ada pertalian, maka mainkan saja peranan kita dalam drama ini. Itu hanyalah suatu peranan. Itu saja. Ini bukan senang untuk dijelaskan. Apabila saya jelaskannya kepada kamu, saya faham sepenuhnya, tetapi saya takut kamu tidak. Saya sangat memahaminya dan tahu apa yang saya katakan. Saya nampaknya dengan jelas sekali.Photo Caption: Bertumbuh dalam Situasi Mencabar Membuat Seseorang Jadi Lebih Kuat