Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya rasa semua orang Cina mengambil alih, dan kamu lapar, duduk di sana, menunggu makan tengah hari. Cepat.(Guru, saya nak tanya satu lagi soalan.) Ya. (Guru berkata bahawa dunia ini ialah ilusi. Maka adakah masa dan ruang ialah ilusi juga?) Ya, ya. (Ya.) Kerana kita terperangkap dalam ilusi... dalam jalan berselirat yang bingungkan roh yang dipanggil masa dan ruang. Itu sebabnya ada ‘kamu’ dan ‘saya’. Itu sebabnya kita kata saya baru dilahirkan atau dia baru dilahirkan dan sebagainya. Semua itu diwujudkan oleh ilusi masa dan ruang. Tanpanya, kita takkan dilahirkan, takkan mati, takkan ada saudara-mara atau kawan, takkan ada bayi baharu yang datang ke dunia ini, takkan membesar, menjadi tua dan mati.(Memandangkan semuanya palsu, hanyalah ilusi, mengapa Guru masih khutbahkan Dharma?) Kerana kamu terperangkap dalam ilusi, menangis kesakitan, meraung dengan tak berdaya. Sebab itulah saya perlu tarik kamu keluar. (Maka akankah terdapat waktu Guru habis menarik semua orang keluar?) Tidak. (Penyelamatan tak pernah berakhir.) Dari sudut pandangan saya, saya dah tarik semua orang keluar, tetapi dari sudut pandangan kamu, belum selesai lagi. (Jadi sudahkah Guru tarik semua orang keluar?) Saya percaya tiada apa-apa lagi, tiada sesiapa lagi tertinggal utk diselamatkan. Cuma kamu masih berfikir ada – jadi saya terus bermain bersama kamu. Bagi saya, tiada apa-apa yang berlaku.Sukar nak jelaskan. Ini sangat sukar untuk dijelaskan. Sudut pandangan saya berbeza dengan sudut pandanganmu. Saya tak boleh buat apa-apa dengannya. Tapi tak mengapa. Apabila kamu perlukan saya, saya datang Apabila kamu tidak, saya pergi. Semudah itu. Kerana saya tiada apa-apa lagi untuk dibuat. Selain menyelamatkan kamu, saya tiada apa-apa lagi untuk dibuat – bermakna saya tiada nafsu sama sekali. Saya tak berhasrat utk jadi bintang filem. Saya juga tiada matlamat besar untuk dicapai. Saya tiada apa-apa lagi untuk dibuat. Jadi okey – apa-apa yang kamu mahu saya buat, saya buat. Semua masa saya ialah masa kamu.Apa-apa saya minta kerana kamu mintanya. Faham maksud saya? Jadi saya ada banyak masa – banyak masa, banyak tenaga. Kamu boleh main apa-apa saja yang kamu mahu. Adakah kamu puas? Contohnya, jika sekarang kamu bermakrifat dan gembira, dan seluruh dunia gembira, maka saya akan hilang. Seluruh dunia akan hilang juga. Jadi saya masih ada kerja untuk dibuat kerana orang masih terperangkap di dalamnya. Contohnya, seorang guru – dia sudah tamat pengajian dan menjadi seorang guru. Dia fasih berbahasa Inggeris. Dia tak perlu menulis apa-apa pun tetapi masih kembali ke sekolah untuk mengajar kamu ABC kerana kamu perlu belajar, bukan kerana dia perlu. Walaupun bahasa Inggeris sangat mudah bagi dia, ia tidak mudah bagi kamu. Jadi dia masih perlu datang. Bagi saya, tiada apa-apa pun utk dibuat, tetapi bagi kamu, kamu menderita, ingin melepaskan diri drpd penderitaan ilusi kamu sendiri. Sebab itulah saya mengajar kamu cara melakukan ini dan itu. Tetapi hari ini soalan daripada orang Cina adalah sangat baik. (Guru, saya tahu berbahasa Cina.) Kamu tahu, kan? Kamu memahami semuanya. Kamu memahami semuanya? (Tidak, tidak.) Tidak.(Saya hanya nak tanya – dalam cetakan ini, ‘Namo Ching Hai Wu Shang Shi’ bermaksud apa dalam bahasa Inggeris?) Ini bukanlah daripada saya, daripada anak murid. Apabila mereka berdoa kepada kononnya nama fizikal saya – nama yang mereka panggil bagi alat fizikal saya – apabila mereka berdoa kepada nama itu, ia sepatutnya berhubung dengan Diri Tertinggi saya, Diri Tertinggi, kemudian mereka mendapat manfaat yang diingini. Contohnya, barangkali mereka diselamatkan dalam kemalangan atau situasi susah. Jadi mereka sebarkan berita itu. Mereka kata, jika kamu berdoa kpd Dia, ‘Namo Ching Hai Wu Shang Shih’ yang bermaksud ‘Supreme Master Ching Hai’ dalam bahasa Inggeris ini – kamu akan dibantu dalam sesuatu situasi. Maka itu sebabnya mereka menyebarkan nama ini. Kamu dialu-alukan.O ya! Saya berbahasa Inggeris. Tak mengapa. Kamu memahami bahasa Inggeris, Saya agak? Okey. Ada apa-apa lagi? ‘Mahaguru’ bermakna Diri kita, tahap kesedaran tertinggi kita. Okey? Ia tak boleh diberikan kepada personaliti ini saja kerana sebenarnya ia merupakan kesedaran semua orang, tetapi mereka tak tahu akannya. Mereka belum tahu lagi. Jadi orang yang tahu akan mengenal Diri sendiri. Mereka tidak mengenal Diri sendiri pun. Orang lain mengenal Mereka, kemudian berikan gelaran kepada Mereka.Contohnya, kita tak sentiasa pergi ke sana sini dan beritahu orang, “Lihatlah, saya profesor ini dan itu.” Tetapi oleh sebab kamu telah menamatkan jumlah pendidikan tertentu dan memegang ijazah PhD, kemudian apabila semua orang tahu bahawa kamu pernah belajar di universiti ini dan itu, jadi orang secara automatik akan memanggil kamu profesor ini dan itu. Kemudian orang lain yang datang selepas itu juga berkata, “Ini profesor ini dan itu.” Bukanlah kamu datang dan berkata, “Lihat sini. Saya memegang ijazah PhD universiti ini dan itu.” Kamu tahu maksud saya? Mengikut jumlah pencapaian, orang berikan sesuatu gelaran kepada kamu dan kamu tak dapat lari dari itu. Jadi ‘Namo’ ini hanyalah – saya rasa mereka ambilnya daripada tradisi agama Buddha. Seperti kita kata ‘Namo’ kepada semua Buddha, kan? Jadi ‘Namo Buddha Shakyamuni’, ‘Namo Buddha Amitābha’, jadi mereka kata ‘Namo Ching Hai’.‘Namo’ ialah nama bahasa Sanskrit. Ia bermakna ‘Saya beri salam kpd kamu’ ‘Saya beri hormat kepada kamu’ – seperti Namaste. Itu saja. Jadi mereka campurkan semuanya dan ‘Namo Ching Hai Wu Shang Shi’. ‘Ching Hai’ ialah bahasa Inggeris, ‘Wu Shang Shi’ ialah bahasa Cina dan ‘Namo’ ialah bahasa Sanskrit. Jadi kamu pilih bahasa apa yang kamu mahu. Saya tak dapat buat apa-apa. Okey?Kita datang daripada latar-latar belakang yang berlainan. Kerana jika kamu orang Kristian, kamu tidak memanggil Baginda sebagai ‘Guru Jesus’ pun – kamu hanya kata ‘Jesus’. Itu sangat bersikap hormat. Tetapi dalam budaya Cina, jika kita memanggil Guru dengan nama saja, itu tidak bersikap hormat. Jadi mereka perlu kata ‘Guru Ching Hai’ atau ‘Mahaguru Ching Hai’ kerana mereka rasa saya Tertinggi. Saya rasa saya adalah begitu dan saya rasa kamu semua adalah begitu tetapi kamu tidak mengenal itu. Tetapi mengenal diri sebagai Mahaguru diri sendiri bukanlah hal besar. Tiada apa-apa yang nak rasa megah. Itu hanyalah perkara yang sangat biasa, seperti kamu ada dua biji mata yang tiba-tiba kamu temui pada suatu pagi.Jadi mereka sertakan ‘Namo’ padanya kerana mereka ialah penganut Buddha – banyak drpd mrk ialah penganut Buddha kerana saya mulakan dengan jubah agama Buddha tetapi saya tanggalkannya untuk buatnya lebih senang bagi semua orang kerana kita seharusnya universal, bukan hanya satu mazhab atau agama – itu menyebabkan perpecahan. Kita dah cukup berpecah belah, dah cukup menimbulkan kesusahan.Kemudian banyak daripada mereka datang daripada latar belakang Kristian, jadi ingin memanggil saya ‘Ching Hai’, seperti mereka memanggil ‘Jesus’, contohnya. Penganut Buddha berkata, “Tidak, kita perlu sertakan ‘Namo’ padanya. Ini lebih seperti agama Buddha.” Jadi saya menjadi ‘Namo Ching Hai’, kemudian ‘Wu Shang Shi’ kerana saya mulakan di Taiwan (Formosa). Jadi ia menjadi bahasa Sanskrit, Cina dan Kristian. Semua latar belakang ini bercampur aduk. Ia menjadi ayat yang kamu tanya saya itu, ‘Namo Ching Hai’, kemudian ‘Wu Shang Shi’ atau ‘Namo Mahaguru Ching Hai’.Okey? Hanya suatu penghormatan. Mereka memanggil nama ini pada waktu susah dan perlu, dan mendapat manfaat. Oleh itu, mereka sebarkannya. Saya tak dapat lakukannya. Saya tak dapat beli mrk utk buat begitu. Jika ia tak berkesan, mereka takkan lakukannya lagi meskipun saya membeli mereka. Jadi macam itulah. Adakah kamu puas? Ada soalan lagi?Newman, kamu tiada berita ke? (Saya sedang dengar.) Kamu dengar. Bagus, sama juga. Baiklah. Jika kamu tiada apa-apa soalan lagi, saya ingin jemput kamu makan tengah hari. Jika tidak, terlewat bagi kamu. Atau jika kamu nak tanya, kamu dialu-alukan. Saya milikmu. Masa saya ialah masamu.(Saya akan tanya soalan terakhir.) Berapa banyak soalan pun tak mengapa. Tak mengapa. (Guru ada rasa humor yang sangat baik. Saya memang mengagumi itu.) Oh! Benar ke? Kita perlukan itu untuk hidup, kan?(Bolehkah saya anggap Ajaran Guru sebenarnya merangkumi setiap agama yang lain (Ya.) dalamnya?) Ya. (Jadi ini memang menyimpang daripada agama Buddha kerana...) Saya tak kata saya penganut Buddha juga kerana saya juga penganut Katolik, saya juga penganut Kristian, saya juga penganut Hindu. Kamulah yg masukkan saya ke dalamnya Okey? (Okey.) Baiklah. (Ya, ini apa yang saya nak faham.)Jika kamu nak ikut ‘penganut Buddha’ sebagaimana yang kamu rasa penganut Buddha seharusnya jadi seperti mencukur rambut, duduk di tokong, bina tokong yang lebih besar setiap hari, ‘kok, kok, kok, gang, gang, gang, bang, bang’ dan melafazkan semua kitab, melafazkan semua ajaran Guru yang ditinggalkan, maka kamu telah mengikut orang yang tidak betul. Saya bukan jenis penganut Buddha itu. (Okey.) Saya buat orang menjadi bermakrifat dan mengetahui bahawa mereka ialah Buddha. Saya tidak suruh mereka mengulang ajaran Buddha yang mereka tak faham sama sekali. Jadi jika kamu mahukan penganut Buddha sebenar, sayalah orangnya. Jika kamu mahukan penganut Buddha ‘tradisional’, ikutlah orang lain. (Terima kasih.) Sama-sama.Lihatlah, yang paling penting ialah makrifat, bukan istilah, bukan pakaian dan bukan nama agama. Agaknya kamu dah banyak faham tetapi kamu perlukan masa yang lebih panjang untuk cernakannya. Itu saja. Saya ambil masa yang panjang juga. Saya tidak pandang rendah terhdp kamu kerana saya ambil masa banyak tahun baru mengatasi tanggapan tentang istilah agama Buddha – dengan ‘Guru Hidup’ dan seumpamanya. Saya kata, “Buddha ialah satu-satunya orang. Tanpa Buddha, saya akan pergi ke neraka.” Itu apa yang saya fikirkan selama banyak tahun. Saya ambil masa bertahun-tahun baru mengatasi tanggapan ini pun, jadi saya boleh faham betapa sukarnya ini bagi kamu. Tetapi kamu dah banyak faham, lebih banyak daripada yang saya faham ketika saya baru bermula, memang. Jadi kamu lebih dekat, jauh lebih dekat daripada saya. Jadi saya tidak risau tentang kamu. Kamu akan memahaminya, malah mungkin esok.Jadi makan tengah hari, betul? (Ya, Guru.) Tiada soalan? Kita boleh tanya di meja juga. Jadi selamat datang. Tetapi saya nak beritahu kamu: Saya kasihi kamu kerana saya tahu kamu sangat ikhlas, kamu menderita dan kamu ingin mengetahui sesuatu. Sukar untuk mengatasi prasangka.Prasangka. Langkaui idea pratanggap kamu. Itu saja yang diperlukan. Jika tidak, kamu sudah pun memahami segala-galanya. Roh kamu dah sedia. Tiada masalah. Cuma kita telah belajar terlalu banyak perkara. Orang beritahu kita terlalu banyak perkara seperti, “Seharusnya macam ini atau macam itu.” “Sepatutnya macam itu.” Tetapi mereka sendiri tak benar-benar faham, tetapi mereka terus mengajar kamu, kemudian kamu bersetuju dengan mereka kerana kamu hormati mereka. Kadangkala kamu berfikir seorang guru agama Buddha pasti tahu lebih daripada kamu tetapi tak semestinya begitu. Dia katakan perkara yang tak betul tanpa memahami bahawa itu tak betul. Dia beritahu kamu perkara yang tak betul tetapi oleh sebab kamu hormati jubahnya, kepalanya yang bercukur dan sebagainya, kamu rasa kata-katanya betul dan kamu sendiri tak betul, kemudian kamu terima sudut pandangannya dan buatnya menjadi pandangan sendiri, tetapi sebenarnya kamu dah betul pada permulaannya, cuma kamu disesatkan. Kamu baik-baik saja di sini tetapi dia tarik kamu ke sana, lagi jauh, kemudian semakin jauh. Saya memahami itu. Tiada masalah. Ambillah masamu. Okey?(Bgmn saya dapat makan semua ini?) (Terima kasih.) Makanlah dgn perlahan-lahan. (Ya, ya.) (Jadi macam mana? Mengapa Guru tidak inap di sini?) Tidak, saya tak berada di sini selama-lamanya, hanya berulang-alik. (Berulang-alik.) Ya. (Ya, ya. Saya harap kita akan bertemu lagi.) Okey (Adalah membanggakan bertemu dengan Guru, Kakak.) Saya juga. Kamu tuturkan bahasa Âu Lạc (Vietnam) dengan lebih baik daripada saya. Kamu bercakap dgn lebih baik drpd saya. Kamu tahu akan segala-galanya. Jadi kamu tahu akan semuanya. (Saya tahu akan seluruh Quảng Ngãi.) Kamu tahu lebih daripada saya. (Jika tidak, saya akan balik ke sana.) Saya tak banyak tinggal di Quảng Ngãi. Saya dilahirkan di sana tetapi saya pergi ke ibu kota untuk bersekolah. (Pergi ke ibu kota, kemudian belajar di luar negeri di Amerika, kan?) Pergi ke luar negeri. Ah! Tidak, saya pergi ke Eropah, (Eropah.) jadi saya tak tahu banyak tentang kampung halaman saya seperti kamu. (Harap-harap saya akan berpeluang untuk melawat ibu bapa Guru tak lama lagi.) Saya harap begitu. Okey. Tetapi ibu bapa saya boleh melawat saya, tiada masalah. (Benar ke?) Ya. Baiklah, jumpa lagi, profesor.Photo Caption: Kehidupan Ada Warna Diraja